• LinkedIn
  • Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday, August 1, 2010

2 comments:

  1. Sinopsis novel kanak-kanak
    (sasaran usia 10-12 thn)

    Ayim seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Seri Delima. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Mempunyai seorang kakak bernama Lili, berumur 13 tahun. Juga seorang adik perempuan bernama Nina, berumur 9 tahun. Ayim mempunyai tiga orang kawan karib bernama Arif, Faiz dan Zaid. Arif seorang budak yang baik, rajin dan bijak. Faiz dan Zaid pula nakal. Mereka semua tinggal di Kampung Delima.
    Ibu Ayim selalu melarang Ayim dari berkawan rapat dengan Zaid dan Faiz sebab mereka nakal dan malas belajar. Bapa Ayim pula suka Ayim berkawan dengan Faiz kerana dia rajin dan pandai. Tambahan pula bapa Ayim bekerja sebagai pemandu lori di ladang kelapa sawit Haji Badrol, bapa Arif. Ibu Ayim pula surirumah sepenuh masa yang membantu ayah Ayim berkebun kecilan di sekeliling rumah mereka.
    Ayim memang lebih suka berkawan dengan Arif kerana anak tunggal yang di rumahnya banyak kemudahan. Ayim selalu pergi ke rumah Arif untuk sama-sama mengulangkaji dan membaca berbagai buku menarik. Tetapi kadang kala terpedaya juga dengan ajakan dua orang kawannya yang nakal dan malas belajar, Zaid dan Faiz.
    Satu hari Ayim merajuk dengan leteran ibunya. Juga tindakan ayahnya yang memarahi dan mematahkan pancingnya kerana pergi memancing dengan Zaid dan Faiz. Sedangkan Arif mengajak Ayim mengulangkaji di rumahnya sebab peperiksaan pertengahan tahun sudah hampir. Disebabkan terlalu merajuk, Ayim membawa buku-bukunya ke pondok-pondok dikebunnya. Tiba-tiba Ayim terlihat ada paruh burung enggang terkeluar daripada lubang kecil pada mulut tempayan yang ditutupi tanah. Ayim pernah mendapat tahu daripada ayahnya, ketika mengeram telur, enggang betina dipercayai terkurung dalam kurungan sarang, diperbuat daripada selut, najis dan kulit buah.
    Ayim juga sempat melihat, ada satu lubang kecil yang muat bagi burung jantan menghulurkan makanan kepada enggang betina. Enggang jantan itu membawa makanan untuk enggang betina yang bersarang dalam tempayan berkenaan. Dari sinilah, bermulanya misi Ayim dan kawan-kawannya menyelamatkan keluarga burung enggang yang termasuk haiwan yang dalam perlindungan, kerana telah hampir pupus itu. Banyak pengajaran yang diperolehi sehingga Ayim dan kawan-kawannya berubah sikap…

    ReplyDelete
  2. Aini,

    Saya dah baca sinopsis kat atas tu. komen saya;

    1. agak sukar nak kembangkan novel hingga ke 120 ms jika isunya tidak cukup kuat dan besar.

    2. ini novel motivasi, bermakna tentang perjuangan hidup, bermakna watak utama perlu ada masalah atau konflik peribadi yg sgt getir yg boleh buat menangis dgn teruknya (mungkin dlm hati) jadi, watak utama perlu ada konflik yg jauh lebih besar daripada dilarang berkawan dengan budak2 nakal, supaya mudah dikembangkan dan akan menjadi inspirasi kepada para pembaca.

    3. watak utama perlu ada kelebihan, misalnya dlm sukan, atau persatuan, atau mmg seorang kanak2 pencinta haiwan dan berminat dlm untuk menjadi veterinar bila sudah dewasa kelak, mungkin ibunya seorang petugas di klinik haiwan? nanti mudah digunakan istilah2 perubatan berkaitan dgn haiwan dan mudah dikembangkan juga.

    itu je dulu aini, perlu olah sinopsis ni semula, berdasarkan cadangan2 yg saya beri di atas sana.

    gigih terus k

    ReplyDelete